Sunday, May 16, 2010

Hari Guru

16hb Mei;

buat guru-guru ku, yang masih ada dan yang telah pergi, dimana jua mereka berada. moga jasa mereka diberkati.......


Sajak "Guru O Guru"


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
Tongkat Waran
1979




best dapat cikgu macam nih! 
kesian dapat murid macam nih!

Ini cikgu dolu-dolu...

Saturday, May 15, 2010

A Samad Said


Malam ini malam tragis. Pasukan badminton Malaysia kalah kepada China. Sungguh mengeciwakan. Terbang la nanti Thomas Cup meninggalkan bumi Malaysia diakhir perlawanan nanti. Bye Mr Thomas.  See you again in 2 years?  Dua kan?  whatever......

So, what has that got to do with A Samad Said? Well, in this time of grieve, his words are so comforting...

Nikmat (1973)

Segala yang dihasrat
tapi tak didapat,
adalah nikmat
yang paling padat.

(... setiap kegagalan and yang terhalang itu, mungkin kah ada hikmah yang tersirat disebalik nya? )


Penyair (1973)

Kepada setiap
penyair gundah
daun gugur pun
sentiasa indah


Rakan (1973)

Sering kita
berjabat tangan
Mengapa tak
juga berkenalan?

( betul kan? )


the man himself, self-portrait.
Sasterawan Negara
Datuk A. Samad Said